KELAS AL-QURAN DEWASA IPOH

Kelas Santai,
Belajar Cara Mudah..

Suasana ceria dan tak perlu pun rasa stress dan segan-segan. 

InsyaAllah, lagi mudah nak faham bila seronok belajar.

Kaedah Sistematik,
Mudah Dipelajari..

Kaedah Kotak yang digunakan dalam kelas Al-Quran diasaskan oleh Ustaz Syed Walid Al Giffa.

Kaedah ini bermula dengan membaca suku kata Al-Quran. Dengan memahami suku kata inilah, akan memudahkan mereka yang buta huruf dapat mengenal dan membaca dengan betul dan pantas.

Keistimewaan
Kaedah Kotak

MODUL LENGKAP

Dari mengenal huruf sampai cara membaca secara bertajwid. Tak perlu risau walaupun sebelum ni tak reti satu huruf pun.

TEKNIK BERKESAN

Menggunakan kaedah yang mudah dipelajari. Nak belajar baca bertajwid pun tak perlu nak hafal setiap nama hukum tajwid.

CEPAT

Modul pembelajaran memang dirangka supaya dapat membantu pelajar menghabiskan kelas dalam masa 10 sesi saja.

“Jaminan Belajar Sampai Celik Al-Quran”

Jaminan khas iaitu belajar sampai pandai ini adalah sebahagian polisi kami untuk memastikan setiap peserta benar-benar celik Al-Quran setelah mendaftar dan menyertai kelas mengaji kami.

Setiap tenaga pengajar kami akan membimbing peserta sehingga boleh membaca Al-Quran dengan baik 

Sertai Sekarang!

Kelas mengaji ini dianjurkan oleh ustaz Mohd Firdaus khas buat golongan dewasa yang menghadapi kesukaran untuk membaca Al-Quran. Sepanjang kami mengadakan kelas belajar al-Quran di Ipoh, Manjoi dan sekitarnya, kami dapati ramai yang tidak dapat membaca Quran dengan lancar. Antara punca masalah ini adalah disebabkan berlaku kekeliruan dengan huruf, dan ada juga kerana tak mengenal langsung huruf hijaiyah. Bagi yang kenal huruf Quran, hukum tajwid pula yang menjadi masalah. Kelas tajwid di Ipoh pula tidak begitu banyak. 

Menyedari betapa pentingnya untuk mengajurkan kelas belajar al-quran khas untuk golongan dewasa di Ipoh, kami bertekad untuk menggunakan kaedah Kotak sebagai modul pembelajaran di kelas mengaji Quran kami.

Ini kerana, modul ini disusun dan diajar secara bersistematik, mudah faham dan boleh mewujudkan suasana yang santai jika dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman. Bermula dari mengenal huruf hingga mempelajari hukum tajwid, kelas Al-Quran dewasa ini sudah boleh menghabiskan modul dalam masa hanya tiga bulan sahaja. Satu lagi keistimewaan kaedah ini, pelajar kelas tidak perlu menghafal semua hukum tajwid secara terperinci tetapi masih boleh membaca al-quran dengan baik tanpa melanggar pun hukum tajwid.

Kami sentiasa menyeru supaya team kami mengajarkan kelas mengaji quran ini secara santai dan mewujudkan suasana ceria supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. InsyaAllah, kami bantu anda belajar mengaji dari kosong iaitu mengenal huruf hijaiyah sampai boleh membaca Quran secara bertajwid. Untuk maklumat lanjut, atau pendaftaran kelas ngaji AlQuran dewasa di Ipoh, Manjoi dan sekitarnya, bolehlah hubungi kami untuk jadual kelas mengaji yang terbaru.

Firdaus Furqan Center

No 14, Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya,
31650 Ipoh, Perak.

Hubungi

Hotline: 018-312 4679 
Ustaz Firdaus: 019-572 6980

Copyright © 2019 UstazFirdaus.com Simple Edit by Hanif 🙂
Ingin mendaftar atau bertanya? Mesej saya sini..

InsyaAllah, kami bantu anda belajar mengaji dari kosong sampai boleh membaca Quran. Untuk maklumat lanjut, atau pendaftaran sila mesej saya disini..

Pengajar

Ustaz Firdaus

Online

Ustaz FirdausMesej saya disini untuk maklumat lanjut atau ingin mendaftar

Salam.. Nak info kelas ngaji atau daftar? Mesej saya disini.. 00.00