Assalamualaikum sahabat saya nak share kan 4 hadis ini untuk…

Assalamualaikum sahabat saya nak share kan 4 hadis ini untuk penguat jiwa 💖

Fitrah manusia selalu membuat kesilapan, dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Jadi kita sebagai hamba, Perlu meminta pertolongan kepada-Nya

🌸Hadis Pertama,
”Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat”
-Sahih Muslim

Hadis ini menerangkan, jika anak Adam itu berbuat salah, cepat-cepat bertaubat. Kalau melakukan lagi kesalahan, cepat-cepat bertaubat daripada kesalahan itu

🌸Hadis Kedua,
“Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka”
-Riwayat Bukhari

Sama-sama kita amalkan doa ini, bagi memohon pertolongan di dunia dan akhirat. Kita tidak tahu perakhiran kematian kita, adakah baik ataupun sebaliknya.

Baca surah Al-Fatihah dan ayat ke 6, 7 tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kita seorang diri tidak mampu mengawal diri sendiri 💕

🌸Hadis Ketiga,
“Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri sendiri dengan rahmat Mu, aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusan ku keseluruhnya. Jangan Engkau serahkan diri ini kepada ku sendiri walau sekelip mata”

Insan yang bernama manusia, selalu silap dalam membuat perkara. Baik dalam keadaan mahupun dalam keadaan tidak sedar 😥

Maka dengan doa ini pohonlah kepada Allah, bimbinglah hamba ini sebaik-baiknya 💖

🌸Hadis Keempat,
Imam Fudhail bin ‘Iyadh pernah menyebutkan perkataan di atas, lalu beliau menangis. Kemudian beliau berkata;

“Aku memohon kepada Allah agar menjadikan kita daripada kalangan orang yang baik pada baki (kehidupan)”
-At-Thuyuriyyat

Hadis ini mengajar untuk kita terus memandang ke hadapan walau apa pun kisah hitam kita di masa yang lalu

Tiada siapa yang tidak pernah berdosa. Usah biarkan dosa menghalang kita daripada kembali kepada Allah 💕

Moga 4 hadis ini, hidup kita lebih ceria dan bertenaga. Jika dahulu kelam dan gelap, kini sudah ada sinar. Ingat Allah selalu. InshaAllah 💖

#jommengaji
www.ustazfirdaus.com

Kongsikan: