Baca Quran Dalam Keadaan Merangkak-rangkak

Baca dan fahamilah Al-Qur’an walau Dalam Keadaan Merangkak-rangkak,

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ، وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، لَهُ أَجْرَانِ

“Orang yang mahir membaca Al-Qur’an itu bersama dengan para malaikat yang mulia dan taat, manakala mereka yang membaca Al-Qur’an dengan tersekat-sekat (atau merangkak-rangkak) serta dalam keadaan merasa sukar, maka baginya dua pahala.” [Shahih Muslim, no. 798]

👳🏻Para ulama menjelaskan 2 pahala disini adalah:

– Pahala membaca huruf Al-Quran yang mana 1 hurufnya akan dilipat gandakan menjadi 10 ganjaran kebaikan.

– Pahala bersabar untuk selalu belajar dan membaca Al-Quran, walaupun dalam keadaaan merangkak-rangkak dan kesulitan.

Maka, sangat rugi orang yang tidak membaca Al-Quran. Kerana dia akan kehilangan ribuan pahala yang akan diberikan oleh Allah ta’ala. mengapa tidak, jika satu hurufnya akan dilipatkan gandakan olehNya menjadi 10 kebaikan ??

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua…

Wallahualam….

🌺Wa shallallahu alaa nabiyyinaa Muhammad🌺

Kongsikan: