Janji Allah Dalam Quran

1) Syukur dapat tambah nikmat lagi.

“Jika kamu bersyukur, maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku untuk kalian.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Jika kita bersyukur dengan Rezeki yang ada, Allah akan tambah lagi Rezeki kita, in shaa Allah.

2) Doa kita pasti dikabulkan.

“Berdoalah kepadaKu, pasti Aku kabulkan.” – (Surah Ghafir, Ayat 60)

Banyakkan berdoa kerana doa kita pasti akan dikabulkan.

3) Tiada azab bagi orang yang beristighfar.

“Tidaklah Allah mengazab mereka, selama mereka memohon ampun (beristighfar kepada Allah).” – (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sentiasa beristighfar, agar kita sentiasa!mendapat keampunan. Orang yang diberi keampunan, rezekinya luas, in shaa Allah.

4) Kita ingat Allah, Allah ingat kita.

“Ingatlah kepada Ku, nescaya Aku ingat kepada-Mu.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

Mengingat Allah dengan perbanyakkan zikir.

Kita ingat Allah, Allah tidak lupa memberi rezeki kepada kita.

Kongsikan: