Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi…

Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi
menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat 💌

Dengan kata lain, Rasulullah adalah ‘role model’ 😍 bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi.

Umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad 😊

Akhlak rasulullah yang patut kita semua contohi InSyaAllah semoga memberi manfaat dan
semoga kita semua beristiqomah 💕

1.Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain.

2.Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji seperti perbuatan syirik.

3.Rasulullah tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor serta tidak terjerit-jerit.

4.Antara Akhlak terpuji Rasulullah ialah tidak membalas dengan kejahatan yang sama (Yang diperlakukan kepadanya).

5.Rasulullah adalah seorang yang pemaaf kepada orang lain.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, “Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.“ (HR Muslim).

Sungguh, jawapan Aisyah ini singkat, namun penuh makna. Aisyah menyifatkan Rasulullah SAW dengan satu sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada. Memang tepat, akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.

Marilah belajar membaca dan mendalami ilmu AlQuran. Bagi yang tidak tahu membaca Quran, ini solusi buat anda, layari:

www.ustazfirdaus.com

#jommengaji

Kongsikan: