Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala,” kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

Marilah kita sama-sama mengambil sedikit ilmu dari Allahyarham

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUSย ๐ŸŒณ

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr

( ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽู‘ ุงู„ู’ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ ) 100X

8. Tahlil
( ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุงุงู„ู„ู‡ ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus

( ู„ุงูŽุงู•ูู„ูŽู‡ูŽ ุงู•ูู„ุงู‘ูŽ ุงู”ูŽู†ู’ุชูŽ ุณูุจู’ุญูŽุง ู†ูŽูƒูŽ ุงู•ูู†ู‘ููŠู’ ูƒูู†ุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุธู‘ูŽุง ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ ). 40x

10. Tasbih 40x

( ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ู„ุงูŽ ุงูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
– Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
– Solat sunat selepas

18. Solat Isya’
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
– Al-Quran
– surah Al-Mulk
– surah Sajjadah
– surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

โ€œ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

Ustaz Ismail Kamusย โค๏ธ

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

๐Ÿ”ธAllah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
๐Ÿ”ธย Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
๐Ÿ”ธAllah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
๐Ÿ”ธAllah akan sibukkan kita dengan harta.
๐Ÿ”ธย Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

๐Ÿ”ธAlangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

๐Ÿ”ธTujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

๐Ÿ”ธย Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

๐Ÿ”ธย Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

๐Ÿ”ธKita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

๐Ÿ”ธKesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

๐Ÿ”ธย Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

๐Ÿ”ธย Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

๐Ÿ”ธSesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

๐Ÿƒ๐ŸŒนtazkirah hati๐ŸŒน๐Ÿƒ

Kongsikan:

Related Post