Khasiat Surah Al-Ghafir ayat 44

Kita perlu banyak berdoa ketika ditimpa masalah.. Kenapa?

Kerana dalam hadapi masalah, walaupun penyelesaiannya belum dapat, namun dengan berdoa, boleh mewujudkan ketenangan hati.

Hati yang tenang perlu pada kita untuk hadapi pelbagai situasi..

Kenapa wujud ketenangan di situ?

Ketenangan itu wujud apabila keyakinan dan kebergantungan kepada Allah sangat tinggi setelah berusaha melakukan atau mencari penyelesaian tersebut.

Jom lihat Surah Al-Ghafir ayat 44 / ﴾٤٤﴿

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

Ayat yang sangat hebat untuk dibaca dan diamalkan..Jom cuba hafal ayat ini dan amalkan !

Apabila dibaca berulangkali, akan ada kekuatan yang membantu kita terus kuat..

Siapa yang pandai baca Quran, boleh terus hafal dan amalkan..

×

Yang tak mahir, boleh tengok video ini dan cuba menghafal.

Jika masih tak boleh, eloklah belajar baca Quran dulu..

Nak belajar cara mudah dan santai? InsyaAllah kami ada caranya..

Kelas di Ipoh dan Manjoi.. Untuk info lanjut, picit

👉 https://ustazfirdaus.com/kelas

 

Kongsikan: