Panduan Solat Sunat Aidilfitri (2020) di Rumah

Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2020

PANDUAN DAN TATACARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI RUMAH.

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.

Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.

Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

Semoga bermanfaat buat seluruh umat Islam.

Sumber : Ibnu Jamil
Kredit : Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera

Panduan Solat Sunat Aidilfitri di Rumah

Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2020

Untuk download panduan dari Jabatan Mufti Negeri Perak, picit link biru bawah ini:

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri

 

Kongsikan:

Related Post